top of page
Search

16 Negara yang boleh dilawati dengan perbenlanjaan yang murah

  • The Outdoor
  • Jan 18, 2017
  • 3 min read

Bagi sesetengah orang, mengembara ke luar negara memerlukan sejumlah wang besar untuk dibelanjakan. Jika anda ingin mengembara dengan sejumlah wang yang sedikit beberapa perkara perlu diambil kira seperti menetap di hotel yang murah, menggunakan penerbangan murah dan menghadkan aktiviti-aktiviti semasa mengembara.

Tetapi, jika anda masih muda, bersemangat dan ingin mengembara di seluruh dunia dengan tidak mengosongkan wang simpanan anda, kami ada beberapa tempat yang berpatutan dengan bajet anda.

1. Auckland, New Zealand

Auckland mempunyai penginapan dan makanan yang berpatutan berbanding kawasan-kawasan lain di New Zealand.

2. Marrakech, Morocco

Pada tahun 2015, Marrakech menjadi tumpuan pelancong pada tahun 2015. Jika anda mengembara pada bulan Oktober sehingga May, anda akan mendapati harga penginapan sangat murah berbanding masa lain. Makanan juga sangat berpatutan dan menepati bajet anda.

3. Macchu Pichu, Peru

Jika anda seorang pendaki, Machu Picchu menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Perjalanan Incan dan pantai Peru berpatutan jika anda bercadang ke Amerika Selatan. Tetapi tiket kapal terbang pasti agak mahal jika anda dari Asia Tenggara.

4. Varna, Bulgaria

Walaupun Varna bukan destinasi pilihan untuk melancong, tetapi ia merupakan kawasan yang berpatutan di Timur Eropah. Penginapan ini terletak betul-betul di pantai Laut Hitam (Black Sea)

5. Medellin, Colombia

Perkara pertaman terlintas jika ke Colombia ialah dadah dan kokain. Pengedar dadah terkaya didunia seperti Pablo Escobar menjadikan Colombia bandar yang terkenal dengan gelaran tersebut. Walaubagaimanapun, bandar-bandar di Colombia seperti Medellin, Bogota dan Cali sangat berpatutan untuk dilawati.

6. Angkor Watt, Cambodia.

Cambodia merupakan percutian yang sangat murah untuk dilawati. Angkor Watt merupakan monumen agama terbesar didunia.

7. Madrid, Spain

Negara-negara Eropah selalunya memerlukan wang yang banyak untuk dilawati tetapi tidak di Madrid. Waktu terbaik untuk melawat Madrid adalah pada September, Oktober, April dan May.

8. Hanoi, Vietnam

Tiada tempat yang berbaloi untuk dilawati selain Vietnam kerana menawarkan penempatan yang murah dan berpatutan. Waktu terbaik untuk dilawati adalah lewat Disember untuk mengelakkan hujan.

9. Cuba

Cuba merupakan destinasi yang popular untuk dilawati. Jika anda membeli pakej Cuba di saat terakhir anda juga boleh menikmati harga yang berpatutan. Waktu terbaik untuk melawat Cuba adalah dari September ke November dan Januari ke March.

10. Arizona, Amerika Syarikat.

Arizona merupakan kawasan yang tercantik di Amerika Syarikat kerana ia mempunyai hutan dan padang pasir. Harga penginapan menurun sejak kebelakangan ini tetapi jangan melancong pada bulan Jun hingga Ogos untuk mengelak musim panas.

11. Crete, Greece

Blog pengembara Nomadic Matt menyatakan Greece menawarkan percutian yang berpatutan tetapi bukan di Santorini. Tetapi, jika anda ingin melawat Santorini, anda boleh menetap di Crete dan menaiki feri selama 7 jam dan ia sangat berbaloi.

12. Bangkok, Thailand

Thailand pernah dinobatkan percutian termurah didunia dengan harga penempatan serendah RM60.00 untuk 1 malam.

13. Bali,Indonesia

Dengan penempatan dan makanan yang murah tidak mustahil Bali menjadi kegemaran kepada pelancong muda. Selain itu, jika anda penggemar kopi amat sesuai la ke Bali kerana kopi didapati dengan banyaknya di Kepulauan Jawa. Kami nasihatkan anda melawat Bali pada April, May, September dan Oktober.

14. Lisbon, Portugal

Ibu negara Portugal menyajikan percutian yang berbaloi dan merupakan antara negara Eropah yang paling termurah untuk dilawati. Waktu yang terbaik untuk dilawati adalah pertengahan musin bunga dan awal musim luruh.

15. Palawan, Philippine

Philippine merupakan negara yang sangat berbaloi untuk dilawati. Purata kos satu bilik adalah sebanyak RM50.00. Tiada tempat yang dapat menandingi resort tropika di Palawan.

16. Korea Selatan

Korea Selatan amat popular dengan maknanan di jalanan dan amat sesuai jika anda menggemarinya. Tambahan pula restoran yang bertaraf 4 bintang juga tidak menelan kos yang terlalu tinggi. Selain itu, Korea Selatan juga mempunyai pantai yang mempersonakan seperti Pantai Daechon yang amat popular dikalangan pelancong luar dan tempatan.

Picture courtesy by Google


 
 
 

Comments


Recent Posts
Archive
bottom of page